بِسْــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum wbt
Satu ketika kau bertanya… Sudikah aku menjadi Makmum di setiap solatmu….agar solatmu lebih bermakna dan terjaga hendaknya…
Sudikah aku menjadi Penjaga diri dan maruahmu...agar hidupmu lebih tenang dan bahagia… sudikah aku menjadi Pendidik hati dan jiwamu agar rohanimu terus terisi hikmah-Nya dan akhlakmu terjaga hendaknya…
Sudikah aku menjadi Pemerhati setiap gerak dan langkahmu agar kamu tahu mana salah dan buruk laku mu…
Sudikah aku menjadi Peneman di kala suka dan duka mu agar apabila suatu hari, jika ujian itu datang, air mata mu ada yang menghapuskan…
Sudikah aku menjadi Pembela dirimu dan agamamu agar kamu terus berada di atas jalan yg benar…
Sudikah aku menjadi Penggerak semangatmu... agar bila kamu kelesuan aku mampu memberi bantuan walau hanya sekadar senyuman
Sudikah aku menjadi Sahabat buat dirimu… mendengar luahan hatimu agar kamu boleh berbicara apa saja dengan ku tanpa rasa ragu…
Sudikah aku menjadi Penghibur ketika mu kesunyian agar kamu boleh ketawa riang
Dan ketika aku menjawab...
"Ya, Aku sudi… Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"
Tetapi, aku kembalikan soalan ini kepadamu... sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?
Jika aku sudah tidak seperti dulu? Sudikah kau pula menjadi Imam, Penjaga, Pendidik, Pemerhati, Peneman, Pembela
Penggerak, Sahabat dan Penghiburku Jika suatu ketika nanti aku sudah tidak mampu lagi menjadi Makmum di setiap solatmu… Jika aku sudah tidak mampu lagi menjagamu, menemanimu, memerhatikanmu, mendidikmu membelamu, menggerakkanmu, menjadi sahabatmu dan menghiburkanmu
Sudikah kamu wahai .....................?
Aku percaya… kau masih sudi..
"Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI
dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"
#Renungan buat kamu ya akhi, ya... kerana kamulah bakal IMAM nanti. C:

No comments:
Post a Comment