Wednesday, May 18, 2011

Buat Dikau Yang Ku Kasihi

Sayang...

Andai Luahan ini Kau Baca...Aku harap Kau Bisa mengerti dan Memahami apa yang Ingin Ku Luahkan...

Aku tahu..Kita bukan manusia yang Sempurna..Kita hanya Manusia Biasa yang penuh dengan Kekurangan Dan Kelemahan...Aku Tidak Mengharapkan Kau sempurna Serba Serbi Kerana kekurangan Dirimu akulah Pelengkapnya...Tapi..Aku jua Manusia Biasa...Yang Punya Naluri ingin Menyayangi dan Disayangi...Bukan sekadar ucapan Tapi dari Perbuatan dan perlakuan...Sedia berkorban untuk menggembirakan aku...Berusaha menggembirakan aku...Menjadikan aku seorang Insan yang penting Dalam Hidupmu...

Sayang...

Bukan aku tak mengerti..Bukan jua aku Tak cuba memahami...Telah cuba ku selami Hatimu...telah Cuba ku terima baik burukmu...Aku cuba fahami keadaanmu...Aku cuba bertolak ansur denganmu...tapi aku?

Sayang...

Aku tahu bukan waktunya kau dan aku...Kau masih punya tanggungjawab Yang perlu Kau pikul..Kau sandaran dan Kau jualah harapan..Kerana itu, aku beralah...Waktumu aku biarkan kau luangkan Untuk mereka yang Kau sayangi...dan bakinya aku cuba kutip dan hargai bila Kau disisi...Tapi, Kau tetap menyatakan jika aku memahami kenapa jadi begini? kerana Aku wanita dan Aku Insan biasa...Aku punya hati Dan perasaan...Aku jua ingin sekelumit perhatian dan ruang Darimu...

Sayang...

Aku cuba Mengerti dan Cuba ku Fahami...cuba ku Selusuri ke ceruk Hatimu..mencari di mana Arah dudukku...Aku temui namun tiada bukti..Bukan bukti apa yang ku Mahukan cukuplah Kau berusaha meluangkan masa untukku...Melihat insan lain Bergandingan..meluangkan masa bersama...tapi aku? Aku fahami...Kau tiada masa kerana jarak memisahkan kita..Tiada masa untuk kita Bertemu malah makan bersama...Aku Redha...Tapi bila jarak tidak lagi menjadi penghalangnya...aral kecil datang melintang dan kau hilang Punca...Kau gores hatiku Dan kau melihat orang lain tertawa Gembira...tidakkah Kau fikirkan bahawa aku mengharap Kasihmu..aku mengharapkan sedikit Waktu Darimu..

Sayang...

Aku tidak tahu apa lagi yang perlu aku lakukan...aku sudah tidak tahu Apa yang harus Aku tunjukkan...memendam rasa..Terus membiarkan hatiku Terluka..melangkah pergi bila aku Rasa masanya sudah Tiba? Itukah Mahumu? Itu kah Pintamu? Apa lagi yang harus ku lakukan untuk menyatakan rasa Kasih dan Sayangku? Tidak cukupkah pengorbananku? Masih tidak Memahamikah aku? Pendapat pandangan ku pinta...Jawapan masih sama..mungkin kerana mereka jua wanita...mereka juga Mengharap perkara yang sama...Mungkinkah?

Sayang..

Diriku tak sempurna..aku merasakan bukan kau Yang xmampu menjadi seperti apa yang ku Kehendaki...Tapi aku yang tak mampu menjadi seperti apa Yang kau Mahu...Kau terlalu baik bagiku...Kau terlalu sempurna buatku..Kau menjadi Pelengkapku...Kau menjadi Penyempurnaku...Aku Boros Kau ajarku apa itu Cermat...Aku Lambat Kau sabar menunggu...Aku riuh Bercerita kau lah pendengar setia...Aku Rasa kaulah Orang yang meminjamkan Tulang rusuk buatku...Tapi kini? Aku keliru..Benarkah..Kerna kasih itu sirna...sinarnya terhapus Dek duka yang menjelma..Walau cuba ku tepis walau cuba ku Halang...Akhirnya aku tak Berdaya lagi..Mungkinkah sudah tiba masanya aku melafazkannya?

Sayang..

Andai kau rasakan aku bukan untukmu...biarkan aku Berlalu..Izinkan aku mengucapkan 'Selamat Tinggal' padamu...Ketahuilah aku merasakan kau mampu menjadi Insan yang aku Harapkan..Cuma Kau yang membina tembok penghalang...Robohkan tembok egomu..Ranapkan keangkuhanmu...Bahagia pasti menjadi milikmu...Kesetiaanku rapuh dek kerana sikapmu..Perlukah aku setia sedangkan kau tidak menunjukkan bahawasanya AKU PENTING BUATMU...kau tidak Menyatakan yang aku ISTIMEWA DIHATIMU...kau tidak melafazkan kau TIDAK MAHU KEHILANGANKU...

Pedih.......!!!!

Moga luahan rasa ini bisa buat kau mengerti...aku terluka bukan kerana sikapmu yang asli tapi sikap yang kau bina sebagai tembok pemisah...

No comments:

Post a Comment