Saturday, July 30, 2011

Aku Ingin Kau Tahu

Duhai kasih..
Ingin ku khabarkan..
Bahawa diri ini terluka..
Ingin aku luahkan dengan kata-kata..
Namun ku tak berdaya..
Rasa malu menghambat jiwa..
Diri ini kerdil dan hina..

Duhai kekasih..
Ingin ku bicarakan..
Dari hati ke hati..
Tapi aku sendiri tidak pasti..
Kerna aku tak mengerti..
Setiap tindakanmu..

Akhirnya...
Aku memilih melangkah pergi..
Meninggalkan dirimu..
Walau hati ini begitu menyayangi..
Aku memilih untuk melukai..
Sekeping hati ini..
Walau aku tahu aku kan tersiksa sendiri..

Kini..
Aku ingin mengatur langkah..
Tak ingin ku berpaling lagi...
Moga Tuhan kuatkan hati ini..
Agar aku tak berundur lagi..
Tetapkan ati ini..
Dari terus menyiksa diri..
Kerna aku pasti...
Aku tiada di hatinya..
Hadirku tak bermakna..
Hilangku tak meninggalkan tanda tanya..
Hanya aku yang merasa sendiri..
Duhai diri..
Sedarlah...

No comments:

Post a Comment