Wednesday, December 14, 2011

Dia yang aku harapkan

Dulu...
Dia tempat ku sandarkan harapan..

Dulu..
Dia tempat ku berpaut...
Dikala menghadapi kesusahan..
Dikala hati dilanda gundah..

Dulu..
Dia aku anggap 'teman istimewa'..
Namun dia meminta aku menganggapnya 'teman'..

Dulu..
Dia melayan aku umpama bidadari..
Setiap anganku pasti ditunaikan..

Tapi..

Kini segalanya berubah..
Dia tiada lagi disisiku..
Tidak lagi menemaniku di saat-saat sukarku..
Tiada lagi kata-kata nasihat jua rangsangan darinya..
Dia semakin jauh dariku..
Semakin jauh dari anganku..

Kini..
Aku menganggap dia sebagai sahabat..
Yang akan menemaniku...
Memberi d0r0ngan padaku..

Tapi..
Kehadirannya umpama terpaksa..
Datangnya bukan rela tapi terpaksa..
Haruskah aku merelakan pemergiannya?
Demi melihat dia gembira...
Dan terus ketawa ria..
Kerana aku bukan siapa-siapa..
Pada dirinya...

Teman..
Bantulah aku mencari jawapan..
Hanya kau yang tahu segalanya dalam hatimu...
Aku mahu kau jujur padaku..
Tak mampu untuk aku selami jiwamu..
Jika kau terus diam membisu..
Jangan kau terus siksa dirimu..
Menerima kehadiranku..
Tanpa relamu..

No comments:

Post a Comment