Setelah terlalu banyak pengorbananku..
Setelah terlalu banyak sumbanganku..
Setelah terlalu banyak yang ku k0rbankan..
Aku ditinggalkan sendirian..
Terkapai-kapai aku mencari..
Terumbang ambing aku sendiri..
Mencari dan cuba menggapai..
Sesuatu untuk berpaut..
Tiada lagi Kasih mu..
Tiada lagi Cinta mu..
Yang tinggal hanyalah kenangan..
Yang ada hanyalah harapan..
Yang aku sandarkan..
Dan jua mem0ri yang kau ciptakan..
Di kala aku sendiri..
Aku tertanya-tanya..
Dimanakah silapku?
Apakah salahku?
Sehingga aku dihukum sebegini..
Ditinggalkan tanpa kata..
Dibiarkan sepi mengulit mimpi..
Mudah sungguh kau lupakan..
Mudah sungguh kau abaikan..
Mudah sungguh kau katakan..
Kau telah menemui penggantiku..
Kau mahu melupakan aku..
Tanpa aku ketahui di mana silapku..
Perlahan-lahan cuba ku selusuri..
Meraba-raba aku dalam kelam..
Cuba menyelami..
Mungkin aku alpa..
Mungkin ianya terjadi ketika leka..
Tiadakah ruang kemaafan buatku?
Lalu ku biarkan hati ini hancur dimamah cerita duka..
Yang kau cipta
No comments:
Post a Comment