Penantian suatu penyiksaan..
Benarkah??
Kini aku merasainya..
Menanti dalam pasrah..
Berharap pada yang tidak pasti..
Sungguh menyiksakan..
Sangat menyakitkan..
Lemah anggota badan..
Longlai langkah yang diatur..
Tak terdaya terus menanti..
Menanti sesuatu yang belum pasti..
Mengapa ini yang terjadi??
Oh Tuhan..
Aku anggap ini ujian..
Aku anggap ianya cubaan..
Ku pujuk hatiku yang rawan..
Dengan kalimatMu hatiku terubat..
Dalam pasrah aku menadah..
Dalam kudus aku tulus..
Mengharap RedhaMu..
Mengharap ihsanMu...
Malah mengharapkan petunjukMu...
Setiap langkah yang ku atur..
Namanya pasti menjengah..
Bahagia terselit di jiwa..
Mengapa??
Adakah ini namanya CINTA??
Oh Tuhan..
Ku serahkan padaMu..
Walau hatiku mula menyanyikan lagu rindu..
Aku pasrah dalam harapan dan doa kudusku padaMu...
Kerana aku percaya Kau Yang Maha Kuasa...
 
No comments:
Post a Comment