Duhai manusia..
Duhai insan..
Duhai Hamba Tuhan..
Sedarkah kita??
Sesungguhnya kita senantiasa diberikan DUA pilihan..
Pilihan??
Apakah perlunya pilihan..
Andai ianya menyiksakan..
Benarkah??
Kanan atau kiri..
Depan atau belakang..
Lurus atau bengkok..
Sayang atau benci..
Hidup atau mati..
Bahagia atau derita..
Pengasihnya Tuhan..
Kerana DIA memberikan kita pilihan..
Pilihan..
Kini aku merasakan ianya tekanan..
Aku buntu..
Aku tak mampu membuat pilihan..
Manakah yang terbaik?
Melukakan atau dilukakan?
Meninggalkan atau ditinggalkan?
Menyayangi atau membenci??
Luka..
Akan terpalitkah luka dihatinya?
Akan sepikah hatinya tanpa diriku?
Akan hadirkah rindu bila aku membisu?
Siapalah aku dihatinya...
Buntu..
Mengapa harus kasih?
Mengapa harus ada sayang?
Mengapa harus ada cinta?
Dan mengapa harus ada rindu?
Ingin ku atur langkah
Berat ingin ku mulakan..
Ingin ku berlalu pergi
Sayang merantai diriku..
Ingin ku lenyapkan diri
Cinta makin kuat dalam diri..
Mengapa aku harus tersiksa sendiri?
Salah siapa?
Aku?
Mungkin..
Kerana aku sedar..
Harapan hanya membuat aku kecewa..
Kasih hanya menjadikan aku sengsara..
Cinta hanya menyesakkan jiwa..
Ingin sekali aku pergi..
Namun kakiku dirantai oleh sesuatu..
Hati..
Mengapa pintumu terbuka?
Tanpa aku rela..
Tanpa aku berikan kuncinya..
Hati tertawan pada budi..
Hati bahagia pada pekerti..
Mampukah aku melangkah pergi?
Ku mohon kekuatan dari Ilahi..
Kerana segalanya milikNya..
Dia yang mengurniakan..
Dia jua yang berhak menariknya..
Tuhan..
Andai aku dari rusuknysa..
Andai aku pasangannya..
Andai kami ditakdir bersama..
SATUKANLAH KAMI
Andai dia bukan untukku..
PISAHKANLAH KAMI
Ambillah hati ini untuk KAU ubati..
Sucikan hati ini dari sisa-sisa cinta..
Bersihkan dari sisa kenangan..
Ambil dan bawa ia pergi jauh dariku..
Agar aku tak terus tersiksa..
Dan aku tak terus menderita..
Memilih sesuatu yang sukar..
Disaat kasihku masih mekar..
Padamkan api cinta..
Suburkan api Iman..
Malapkan api kasih..
Sinari kebahagiaan dengan namaMu..
Oh Tuhan..!!
No comments:
Post a Comment